ADAB DALAM HUBUNGAN SOSIAL

Adab Menerima dan Melayan Tetamu.

Tetamu ialah sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke rumah kita sama ada dijemput atau tidak dijemput.

  • Tujuan melayan tetamu dengan baik ialah;


(i)               *Mengeratkan tali persaudaraan sesama Islam.
(ii)              *Merapatkan hubungan kekeluargaan.
(iii)             *Mewujudkan suasana yang harmoni.
(iv)             *Mengelakkan pergaduhan dan persengketaan.

  • Cara beradab terhadap tetamu;


(i)               * Melayan tetamu dengan baik dan mesra.
(ii)              *Menerima kedatangan tetamu dengan ikhlas.
(iii)             *Menyediakan makanan dan minuman sekadar perlu.
(iv)             *Menunjukkan muka yang manis.

  • Kelebihan melayan tetamu;


(i)               *Mendapat pahala dan ganjaran baik pada hari akhirat.
(ii)              * Disayangi Allah SWT dan orang lain.
(iii)             *Dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.
(iv)             *Diberkati dan diredai oleh Allah SWT.

  • Akibat tidak beradab terhadap tetamu;


(i)               *Tidak akan dihormati dan dipandang mulia oleh orang ramai.
(ii)              *Sukar mendapat kawan.
(iii)             *Hubungan silatulrahim akan terputus.
(iv)             *Dipulau dan disisih oleh masyarakat.

Adab Bercakap Dalam Majlis

~ Majlis adalah perkataan Arab yang bermaksud tempat duduk atau tempat    berhimpun.
~Majlis terbahagi kepada dua iaitu majlis yang baik seperti majlis ilmu, majlis    zikir dan sebagainya.
~ Majlis kedua ialah majlis yang buruk seperti konsert, muzik rock, pesta liar dan    yang seumpama dengannya.

  • Antara adab dalam majlis;


(i)               *Bercakap dengan suara yang lemah lembut.
(ii)              *Bercakap hanya perkara yang berfaedah dan bermanfaat.
(iii)             *Menghormati orang lain.
(iv)             *Tidak menyinggung perasaan orang lain.
(v)              *Memandang muka orang yang mendengar ketika bercakap.


  • Kelebihan beradab dalam majlis;


(i)              * Matlamat yang dikehendaki akan tercapai.
(ii)             *Dihormati dan dipandang mulia orang lain.
(iii)            * Mendapat keredaan Allah SWT.
(iv)            *Maklumat yang disampaikan jelas dan berkesan.

  •  Kesan tidak beradab dalam majlis;


(i)               *Matlamat tidak akan tercapai.
(ii)              *Suasana yang tegang akan timbul dalam majlis.
(iii)             *Dibenci dan dihina oleh orang lain.
(iv)             *Mudah menimbulkan fitnah dan prangsangka buruk.


Adab Sopan Pergaulan Dengan Seluruh Lapisan Masyarakat.

1.Hadapi kawan/ musuh dgn wajah gembira & penuh kerelaan, kesopanan & ketenangan. Jangan menampakkan wajah angkuh/sombong.

2.Jangan gemar melihat kekanan& kiri dan terlampau tajam meliha torang lain. Duduk dalam keadaan tenang.

3.Jangan sesekali silangkan jari2 tanganmu dicelah2 jari tangan yang lain danjangan bermain dengan misai, janggut, cincin. Jangan cungkil gigi dan memasukkan jari dalam lubang hidung dihadapan orang atau ketika bersolat.

4.Bertutur dan berbicara dengan penuh tatatertib dan dengarlah percakapan orang dihadapanmu dengan hati2 tanpa menunjukkan kehairanan.


No comments:

Post a Comment