Seorang mukmin semestinya selalu menundukkan pandangan matanya dan memusatkan segenap perhatiannya hanya kepada Allah. Hal ini kerana sebagai hamba Allah, kita wajib tunduk dan patuh kepada Pencipta yang telah mewujudkan segenap alam ini. Maka antara adab yang perlu dilakukan ialah:
- Membiasakan diam dan menenangkan anggota-anggota badan. Bersegera melaksanakan perintah, menjauhi larangan, tidak suka membantah dan berakhlak baik.
- Membiasakan berzikir dan mensucikan pikiran.
- Mengendalikan anggota-anggota badan dan menenangkan hati. Mengagungkan kebesaran Tuhan, menjauhi sifat marah, dan menyembunyikan cinta.
- Memelihara keikhlasan.
- Mendakwah perkara kebenaran.
- Tidak berpedoman kepada makhluk dan mengikhlaskan amal.
- Berkata benar, menyucikan pandangan dan mengupayakan pendekatan diri kepada Allah (taqarrub) secara terus-menerus.
- Tidak banyak memerintah, menyembunyikan keutamaan dan bersemangat memperbaiki diri.
- Marah ketika melanggar yang haram, mengekalkan haybah (keseganan akan kewibawaan Allah), menumbuhkan rasa malu, dan merasa takut (kepada Allah).
- Menjadikan sikap tenang sebagai keyakinan bathin dan tawakal sebagai kesadaran terhadap baiknya suatu ikhtiar.
2) Adab Terhadap Rasulullah S.A.W.
- Selawat kepada Nabi Muhammad saw: Bersalawat membuktikan rasa cinta dan kasih sayang kita kepada baginda. Firman Allah swt; Surah al-Ahzab; 56 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
- Tawadduk & Bersopan Santun: Satelah wafat baginda wafat, umat Islam wajib menghormatinya dgn cara tawadduk ketika mendengar hadis di baca, umat Islam dilarang meninggikan suara dihadapan baginda semasa hayatnya serta bersopan santun seolah-olah baginda masih hidup.
- Menziarahi maqam baginda Rasulullah saw: Semasa mengerjkan haji dan umrah kita perlu menziarahi maqam baginda yang terletak di Masjid Nabawi di Madinah.
- Mengasihi para sahabat: Sahabat ialah mereka yg memeluk Islam dan sempat berjumpa dgn Nabi Muhammad saw ketika hayatnya walaupun seketika shj & meninggal dunjia dalam keadaan beragama Islam. Mereka mendapat pendidikan langsung daripada baginda. Mereka mencintai Rasulullah melebihi diri mereka sendiri. Oleh itu kita hendaklah menghormati/memuliakan sahabat Nabi dgn tidak mencaci atau memandang rendah pendapat mereka.
- Beriltizam dengan sunnahnya: Kita hendaklah mengikut semua sunnah Nabi sama ada dalam perbuatan, perkataan, hukum, sikap dan pandangan.
No comments:
Post a Comment