Adab berasal dari perkataan Arab iaitu أدب yang memberi maksud perilaku dan perbuatan kebaikan,
kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, serta kemanusiaan. Sementara
tafsiran skop dan perincian Adab mungkin berbeza dalam kebudayaan yang
berlainan, kesamaan yang terdapat dalam tafsiran-tafsiran ini ialah penilaian
keperibadian seseorang melalui kepatuhannya terhadap beberapa
konteks. Justeru seseorang itu menunjukkan Adab dengan mempamerkan
kelakuan dan kepandaian membuat pilihan yang betul.
Manakala, perkataan Akhlak berasal daripada perkataan أَخْلاَقٌ iaitu kata
jama' daripada perkataan خُلُقٌ bererti
tabiat,kelakuan, perangai, dan tingkahlaku, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri.
Antara
definasi akhlak menurut istilah ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan
mudah tanpa pemikiran,
penelitian dan paksaan.
Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagaikeadaan jiwa yang mendorong
ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.
MentauhidkanAllahsertamengabdikan diri kepadaNya selaras dengan kehendak syarak.
Mematuhi dan menjadikan apa yang telah digariskan olehAllah didalam Al-Quran danAs-Sunnah sebagai garis panduan hidup.
Memakmurkan bumi serta mempertingkatkan kehidupan manusia ke tahap yang paling tinggi selaras dengan pemuliaan Allah kepada manusia.
Matlamat Asas Kehidupan Manusia:
Tujuan Pembentukan Akhlak:
§ Berinteraksi dengan
Allah melalui aqidah yang sempurna dan ibadah yang sahih.
§ Berinteraksi dengan
diri dan jiwa secara rasional, jelas & benar serta memberi komitmen yang
mutlak terhadap manhaj Allah s.w.t.
§ Berinteraksi dengan
Allah melalui pelaksanaan hak kepada yang berhak berdasarkan
kepertanggungjawaban akal dan syarak –dengan itu mendapat redha jiwa &
manusia melalui akhlak Islam.
Perbezaan Antara Akhlak & Etika
1) Akhlak merupakan perilaku berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah
manakala etika bermaksud system tingkahlaku manusia berdasarkan perundangan atau
peraturan yang diciptakan oleh manusia.
2) Akhlak mempunyai daya kekudusan dalam melakukannya manakala
etika dilakukan kerana peraturan atau keadaan masyarakat berkehendakkan sedemikian
dan bukanlah lahir dari keikhlasan semata-mata.
3) Matlamat daripada akhlak yang baik adalah untuk mencapai kebahagiaan
didunia dan akhirat manakala etika bermatlamat untuk mendapatkan keuntungan dan
mengelakkan daripada kerugian.
4) Prinsip akhlak dalam Islam adalah tetap dan tidak berubah2
semenjak dari zaman Rasulullah sehingga hari kiamat manakala etika berdasarkan pemikiran
dan pandangan manusia sentiasa berubah mengikut tempat dan masa.
5) Akhlak yang baik member kesan yang mendalam kepada seluruh kehidupan
seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani manakala etika member kesan kepada
satu keadaan sahaja kerana ia berdasarkan logic akal semata2 dan bukannya atas pegangan
akidah.
No comments:
Post a Comment