Monday, 14 April 2014

Apakah Itu Adab dan Akhlak Dalam Islam??

Adab berasal dari perkataan Arab iaitu أدب yang memberi maksud perilaku dan perbuatan kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, serta kemanusiaan. Sementara tafsiran skop dan perincian Adab mungkin berbeza dalam kebudayaan yang berlainan, kesamaan yang terdapat dalam tafsiran-tafsiran ini ialah penilaian keperibadian seseorang melalui kepatuhannya terhadap beberapa konteks. Justeru seseorang itu menunjukkan Adab dengan mempamerkan kelakuan dan kepandaian membuat pilihan yang betul.

Manakala, perkataan Akhlak berasal daripada perkataan أَخْلاَقٌ iaitu kata jama' daripada perkataan خُلُقٌ bererti tabiat,kelakuan, perangai, dan tingkahlaku, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. 

Antara definasi akhlak menurut istilah ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.

Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagaikeadaan jiwa yang mendorong 
ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.




Matlamat Asas Kehidupan Manusia:




  • MentauhidkanAllahsertamengabdikan diri kepadaNya selaras           dengan kehendak syarak.
  • Mematuhi dan menjadikan apa yang telah digariskan olehAllah       didalam Al-Quran danAs-Sunnah sebagai garis panduan hidup.
  • Memakmurkan bumi serta mempertingkatkan kehidupan manusia   ke tahap yang paling tinggi selaras dengan pemuliaan Allah kepada   manusia.



  • Tujuan Pembentukan Akhlak:

    §  Berinteraksi dengan Allah melalui aqidah yang sempurna dan ibadah yang sahih.
    §  Berinteraksi dengan diri dan jiwa secara rasional, jelas & benar serta memberi komitmen yang mutlak terhadap manhaj Allah s.w.t.


    §  Berinteraksi dengan Allah melalui pelaksanaan hak kepada yang berhak berdasarkan kepertanggungjawaban akal dan syarak –dengan itu mendapat redha jiwa & manusia melalui akhlak Islam. 






    Perbezaan Antara Akhlak & Etika

    1)                 Akhlak merupakan perilaku berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah manakala etika bermaksud system tingkahlaku manusia berdasarkan perundangan atau peraturan yang diciptakan oleh manusia.

    2)                Akhlak mempunyai daya kekudusan dalam melakukannya manakala etika dilakukan kerana peraturan atau keadaan masyarakat berkehendakkan sedemikian dan bukanlah lahir dari keikhlasan semata-mata.

    3)                Matlamat daripada akhlak yang baik adalah untuk mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat manakala etika bermatlamat untuk mendapatkan keuntungan dan mengelakkan daripada kerugian.

    4)                Prinsip akhlak dalam Islam adalah tetap dan tidak berubah2 semenjak dari zaman Rasulullah sehingga hari kiamat manakala etika berdasarkan pemikiran dan pandangan manusia sentiasa berubah mengikut tempat dan masa.


    5)                Akhlak yang baik member kesan yang mendalam kepada seluruh kehidupan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani manakala etika member kesan kepada satu keadaan sahaja kerana ia berdasarkan logic akal semata2 dan bukannya atas pegangan akidah.